kematian bagi aku adalah sesuatu yg paling indah bila kita bersedia dan memahami apa hikmah selepasnya. aku pernah berkongsi cerita mengenai kematian dengan seorang pesakit aku yang baru berumur 10 tahun. baik dan peramah orangnya. Ada saja yg dibualkan bila dia nampak aku, terutamanya tentang mati.
Pernah aku tanya dia...adik takut mati tak? dengan tenang dia jawab..... "setiap yang bernyawa akan merasai mati. Mati itu hak Tuhan dan kita sebagai manusia tidak boleh membantah. Apa yg harus kita buat cuma menyiapkan diri kita, agar bila tiba masa mati kita.....semuanya lancar. Adik tak takut mati, kerana adik tahu mati itu akan membawa adik lebih dekat dengan Tuhan. Tapi adik juga suka dunia ini...sebab semua org sayang adik dan layan adik dgn baik. Adik ada ibu yang baik serta ayah yg hebat. mereka mengajar adik mengenal Tuhan....."
Aku terdiam, kagum bahawa anak kecil ini pasrah akan kematian.
untuk pengetahun, adik ini telah pergi mengadap Tuhan pada pagi hari jumaat yang lepas saat azan subuh sedang dikumandangkan. Adik, moga rohmu aman dan bersama-sama orang yang beriman. Al-fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
kashah,
mati itu ketentuan Tuhan. Kerja kita ni berdepan dengan kematian saban hari kan.
tapi aku kagum dengan adik tu. bertuah mak ayah dia dapat anak yang best camtu.
apapun kau jaga diri. jgn emo sgt k. aku paham apa yg ko rasa. 5 tahun sebilik ngan ko aku dh masak dgn mood ko. cheer up bro
senyum sokmo
Post a Comment