Wednesday, May 30, 2007

dalam hidup ini

seorang member aku tanya apa yg aku ada dalam life ni.....
apa yek yang aku ada dalam life ni??

dalam hidup ini, aku pernah ada seorang mum yang perfect (love her), aku ada seorang kembar yang tak berapa sehaluan, seorang papa yang aku tak ambil pusing. aku juga punya kerjaya yang agak bagus, ada rumah, ada kereta.....

kasih sayang??
ini yang paling sukar untuk aku jawab pada member aku tu. sebabnya, lepas my mum passed away.....aku rasa semua kasih dan sayang yang aku terima seolah terhenti disitu. tiada yang mampu menggantikannya.

Tuesday, May 29, 2007

quote....

It does not take a new year to make a brand-new start
it only takes the deep desire
to try with all your heart

Everyone has his own little niche
no matter how tiny or small
for every life has a purpose
or we wouldn't be here at all


-kashah-



Monday, May 7, 2007

sayang dan benci

hari ni, aku jumpa seseorang yang lama aku tak jumpa. papa aku, orang yang aku sayang tapi juga benci. beberapa tahun ni aku cuba larikan diri dari papa, tapi hari ini dia tercegat di depanku. aku cuba tersenyum. tapi ternyata hambar. aku lihatnya dengan pandangan yang kosong. aku cuba melarikan diri, tapi dia pantas memegang lengan aku. sebab tak mahu orang yang lalu lalang melihat kami semacam, aku bersetuju ikut dia ke starbucks. aku sebenarnya takut kalau2 ada member2 yang nampak nanti lain pulak mereka fikir.....

ternyata pertemuan kami selepas hampir 6 tahun tidak berjumpa amat hambar. ingin saja aku cepat2 habiskan kopi aku dan keluar dari situ. tapi, aku tak mahu jadi anak yang jahat. dia tetap papa aku. walaupun aku benci dia, aku masih tidak boleh menolak kenyataan yang aku lahir dari benihnya....