Monday, May 26, 2008
Bukan salahmu...bukan salah kita
Sayangku ini bukan salahmu
Ini bukan salah ku bukan salah kita
Sayangku ini bukan mahumu
mungkin memang jalan kita harus berpisah
Kini aku pergi tinggalkan dirimu
Tak pernah terbayangkan ini terjadi
relakan kisah kita berbuah jadi kenangan
Walau pahit di dada terasa berat
Maafkanku

Peluang....
Seseorang pernah memberitahuku, jadilah apa yang aku inginkan kerana di dalam hidup ini cuma ada satu peluang sahaja. Gunakanlah peluang itu sebaik mungkin, agar suatu masa nanti aku tidak akan menyesal melihat peluang yang telah aku siakan itu mentertawakan ku dengan penuh jelek......
Mulai detik itu, aku terus menggunakan peluang itu sebaik yang mungkin, kerana aku sedar peluang itu tidak akan berulang dari mula. Tidak akan ada kesempatan yang lain untuk aku mengisi semula peluang itu dengan sesuatu yang lain.
Peluang itulah juga yang akan menentukan siapa diri aku, apa tujuan aku hadir dalam dunia ini, dan apa fungsi aku dalam hidup ini. Aku mendakap kemas satu-satunya peluang yang aku ada itu. Aku tidak mahu mensia-siakannya. Aku jaga...dan aku isi peluang itu dengan sesuatu yang memberi pulangan kepada aku.
dari satu peluang yang aku perolehi itu, telah aku terbitkan peluang-peluang lain untuk mereka di sekelilingku. Peluang untuk menyayangi ku sebagai sahabat, peluang untuk mengenaliku dengan lebih dekat...juga peluang untuk mencintaiku dengan sebuah perasaan yang hebat. Namun apabila peluang-peluang yang ku berikan itu dipersiakan, dan dipandang enteng...usah suatu masa nanti kamu hadir, dan menuntut peluang itu diberikan sekali lagi pada kamu.
Cukuplah...
Tidak mungkin akan ada lagi peluang itu untuk kamu.
segalanya telah lama berakhir saat peluang itu kamu buang jauh-jauh.
Aku tetap siapa diriku. Aku tidak pernah berubah...dan tidak akan pernah untuk berubah.
Aku perlu terus melangkah, walau sendirian kerana aku sendiri punya peluang yang harus ku kejar. Aku tidak akan sia-siakan peluangku, sepertimana kamu mempersiakan peluang yang aku pernah berikan dulu.
Ketahuilah....
Tidak mudah untuk aku berkelana seperti hati ini
Namun, telah aku gagahkan kakiku untuk terus melangkah. Telah aku tabahkan hatiku yang paling dalam untuk mengubati luknya sendiri. Telah aku tekadkan diriku, tiada yang akan berubah lagi kali ini.
Sahabat
Hargailah setiap peluang yang kamu ada....jangan sia-siakan ia
Dan jangan pula kamu menuntut satu peluang yang baru setelah kamu musnahkan peluang yang pertama. Fahamilah yang sesungguhnya peluang yang pernah diberikan kepada kamu penuh dengan keikhlasan, dan orang yang memberi peluang itu sangat sakit untuk mengetahui, yang akhirnya peluang itu telah dikhianati.
Semoga Tuhan memberi lebih banyak peluang kepada sahabatku.
Semoaga sahabat-sahabatku akan bergembira dengan peluang-peluang itu dan akan mendakapnya kemas, sepertimana aku mendakap peluangku.
Maaf sahabat
kerna aku sudah tidak punya peluang untuk diberikan kepada kamu

Thursday, May 15, 2008
ada apa dengan cinta.....
For every beauty there is an eye somewhere to see it.
For every truth there is an ear somewhere to hear it.
For every love there is a heart somewhere to receive it.
Percaya atau tidak itu adalah hakikat kehidupan.For every truth there is an ear somewhere to hear it.
For every love there is a heart somewhere to receive it.
Love never claims, it ever gives dan cinta yang sebenar-benarnya cinta adalah apabila kita mengenali someone yang move our souls to dance. They awaken us to new understanding with the passing whisper of their wisdom. Someone make the sky more beautiful to gaze upon. They stay in our lives for awhile, leave footprints on our hearts, and we are never ever the same.
Love is the creation an ‘us’ without destroying a ‘me’.
Love is that condition in which the happiness of another person is essential to our own.
But then True happiness and a fullness of joy can be found only in the tender and intimate relationships of the family. However earnestly we may seek success and happiness outside the home through work, leisure activities, or large bank accounts, we will never be fully satisfied emotionally until we develop deep and loving relationships.
-somebody-
Sunday, May 11, 2008
Happy Mothers Day....ma
for my "mum" and all mothers out there
HAPPY MOTHERS DAY
ma, thanks for bring me into this world
always love you
with all of my heart
HAPPY MOTHERS DAY
ma, thanks for bring me into this world
always love you
with all of my heart
Wednesday, April 23, 2008
andai aku bisa terbang
andai aku bisa terbang, akan aku terbang mengelilingi dunia Tuhan yang maha luas ini sepuas hati. aku akan singgah di semua tempat yang telah memberikan aku banyak kenangan, tempat yang akan membuat aku tenang dan tempat yang akan membuatkan aku ingat Tuhan dan kematian.
aku akan terbang..tinggi..tinggi..tinggi.
terbang dan terus terbang.
dan andaikata disaat itu aku telah terhilang arah, sesat di dalam bumi Tuhan yang maha luas ini, aku akan teruskan juga. biarlah sang angin menentukan mana arah ku. segalanya kuserahkan pada Tuhan.
dan andai kata aku tiba-tiba terjatuh dan tidak mampu untuk terbang lagi, aku akan redha kerana yakin masa dan tempat untukku telah sampai ke hujungnya. aku akan pejamkan mata, mengucapkan syukur pada Tuhan. aku akan tersenyum kerana aku telah diberi kesempatan yang banyak untuk melihat keindahan setiap sisi bumi Tuhan, dan kesempatan untuk merasa apa itu kebahagian...dan kejayaan.
tetapi seandainya itu bukan penguhujung dari sisa-sisa hidup aku, sebaliknya merupakan suatu permulaan yang baru, aku berharap yang aku mampu untuk jadi setabah hari ini dan
aku akan berdoa supaya
pengakhirannya akan tetap seindah bagaimana hidup aku bermula (><)

Monday, April 21, 2008
cinta, kita....dan kesudahannya
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana
yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
**************************
cinta
satu rasa yang abstrak terhasil dari rangsangan dan diterjemahkan otak. ia indah. ia hebat. tapi awas kerana ia juga bisa jadi terlalu kejam dan pembunuh perasaan paling dalam. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur.
suatu masa dulu aku juga pernah bercinta. pernah bahagia. selama 5 tahun kami bersama. segalanya kami tempuh. semuanya kami redah. segala apa yang kami kecapi menjadi kenangan yang sangat indah, tersimpan rapi dalam kotak memori...walaupun setelah kami berpisah.
aku sesungguhnya tahu betapa dia telah menyayangi sehingga setengah mati. aku tahu setiap kami bersama, masa seolah-olah kepunyaan kami dan aku mula sedar bahawa cinta itu sememangnya indah.
Aku merenung sepi. cuba untuk menggambarkan wajahnya. jauh...jauh aku berfikir. banyak perkara yang telah berlaku dalam hidupku ini yang telah membawa aku kepadanya. juga perkara-perkara yang membuat kami akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah, dan menjadi sekadar hanya sahabat.
mungkin jejak-jejak perkara itu patut ku ingat kembali. sepertinya, separuh dari nafasku hilang dibawa bersama dirinya....
**************************
pada detik dan titik pertama ini berlaku, aku baru berusia 19 tahun. tiba di heatrow seorang diri merungsingkan aku. apatah lagi orang yang sepatutnya menunggu ketibaanku langsung tidak
kelihatan. aku terlalu penat. hampir 20 jam di dalam penerbangan
membuat aku menjadi bengap. aku terlena di kerusi. lenaku terganggu oleh jeritan yang agak
kuat. aku terkesima melihat jam di tangan. sudah hampir 2 jam aku tersadi di situ.
aku lantas memandang seorang pemuda yang sedang memapah seorang wanita separuh usia menuju ke barisan kerusi tempatku. kelihatan seperti wanita melayu. aku senyum. dia membalas senyumku sambil menegur "malay"?. aku anggukan aja. wanita itu duduk disebelahku dan mula bercerita tentang kenapa dia menjerit. betul sangkaan aku. dia wanita melayu. tapi pemuda yang diperkenalkan sebagai anaknya langsung tidak seperti melayu. eddy, itulah kali pertama pertemuan kami.
wanita itu ramah bercerita denganku. eddy sesekali mencelah. boleh berbahasa melayu rupanya dia. aku sesekali memandang dia. senyum.
"nama siapa?" tanya auntie tu. hahaha. aku tergelak sendiri. kelakar bila aku lupa untuk memperkenalkan nama aku padahal sudah agak lama kami berbual dan kedua-dua mereka telah memperkenalkan diri masing-masing.
"saya izwan aqashah. auntie and eddy boleh panggil saya kashah aje".
"dari malaysia?" tanya eddy
"yup..."
"kami dari denmark. buat apa kat sini?"
"study...king's. esok baru mula daftar" kataku ringkas
"owh sama! so tinggal dimana? dengan siapa?" tanyanya bertalu talu.
jadi aku terangkan orang yang sepatutnya menungguku masih tidak muncul. aku terperangkap disitu. aku terangkan juga yang itu adalah kali pertama aku di london. jasi aku langsung tidak tahu geografinya.
auntie sofea yang sedari tadi diam bersuara, "tinggal saja dengan eddy. lagipun kamu akan mendaftar di universiti yang sama. mari. jangan tunggu lagi" pelawanya sambil bangun membetulkan bajunya.
aku jadi serba salah. ikut? tunggu?? mana satu. akhirnya aku mengambil keputusan mengikut sahaja kerana aku tidak mahu bermalam di kerusi airport. apatah lagi eddy juga beria-ria mengajakku dan berkata aku boleh menjadi kawannya.
bermula dari detik itu, kami menjadi kawan yang rapat. aku terus tinggal bersamanya setelah auntie sofea menyuruhku begitu. walaupun kami bukan mengambil kursus yang sama, tetapi terdapat sesetengah subjek yang sama. aku mengambil perubatan, manakala eddy dalam bidang nuclear physic. hampir 6 tahun kami disitu. perhubungan yang selama ini sebagai teman telah menjadi terlalu rapat. selepas dua tahun mengenali, kami mula bercinta. 8 august, tarikh yang aku takkan lupa, bila pertama kalinya kami meluahkan rasa cinta masing-masing. trafalgar square menjadi saksi betapa cinta kami bukan nafsu semata-mata. ia lebih dari itu....
aku dan eddy menjadi terlalu rapat. kami serasi melengkapi sesama sendiri. sehingga suatu masa kami akhirnya berpisah. membawa haluan sendiri.
semuanya berpunca dari manusia yang iri pada kami. tapi aku pasrah. mungkin cinta kami hanya sampai setakat 5 tahun itu saja. cukupla, aku sudah terlalu bahagia dalam masa-masa itu. aku sudah punya banyak pengalaman yang bisa buat aku tersenyum. walaupun segalanya sudah terungkai dan orang yang
merosakkan hubungan kami tampil memohon maaf, kami selese begini.
kekal sebagai kawan, sama seperti kami mula-mula kenal dahulu.
"Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang."

Subscribe to:
Posts (Atom)