hari ni, aku jumpa seseorang yang lama aku tak jumpa. papa aku, orang yang aku sayang tapi juga benci. beberapa tahun ni aku cuba larikan diri dari papa, tapi hari ini dia tercegat di depanku. aku cuba tersenyum. tapi ternyata hambar. aku lihatnya dengan pandangan yang kosong. aku cuba melarikan diri, tapi dia pantas memegang lengan aku. sebab tak mahu orang yang lalu lalang melihat kami semacam, aku bersetuju ikut dia ke starbucks. aku sebenarnya takut kalau2 ada member2 yang nampak nanti lain pulak mereka fikir.....
ternyata pertemuan kami selepas hampir 6 tahun tidak berjumpa amat hambar. ingin saja aku cepat2 habiskan kopi aku dan keluar dari situ. tapi, aku tak mahu jadi anak yang jahat. dia tetap papa aku. walaupun aku benci dia, aku masih tidak boleh menolak kenyataan yang aku lahir dari benihnya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment