Wednesday, April 23, 2008

andai aku bisa terbang

andai aku bisa terbang, akan aku terbang mengelilingi dunia Tuhan yang maha luas ini sepuas hati. aku akan singgah di semua tempat yang telah memberikan aku banyak kenangan, tempat yang akan membuat aku tenang dan tempat yang akan membuatkan aku ingat Tuhan dan kematian.

aku akan terbang..tinggi..tinggi..tinggi.
terbang dan terus terbang.
dan andaikata disaat itu aku telah terhilang arah, sesat di dalam bumi Tuhan yang maha luas ini, aku akan teruskan juga. biarlah sang angin menentukan mana arah ku. segalanya kuserahkan pada Tuhan. 

dan andai kata aku tiba-tiba terjatuh dan tidak mampu untuk  terbang lagi, aku akan redha kerana yakin masa dan tempat untukku telah sampai ke hujungnya. aku akan pejamkan mata, mengucapkan syukur pada Tuhan. aku akan tersenyum kerana aku telah diberi kesempatan yang banyak untuk melihat keindahan setiap sisi bumi Tuhan, dan kesempatan untuk merasa apa itu kebahagian...dan kejayaan.

tetapi seandainya itu bukan penguhujung dari sisa-sisa hidup aku, sebaliknya merupakan suatu permulaan yang baru,  aku berharap yang aku mampu untuk jadi setabah hari ini dan 
aku akan berdoa supaya
pengakhirannya akan tetap seindah bagaimana hidup aku bermula (><)

1 comment:

unknown said...

Saudara....

Terbanglah Burung Terbang
Nanti Hinggap Di Pohon Jati
Terbanglah Burung Terbang
Nanti Jangan Lupa Diri...

Thanks.....