Monday, May 26, 2008

Peluang....

Seseorang pernah memberitahuku, jadilah apa yang aku inginkan kerana di dalam hidup ini cuma ada satu peluang sahaja. Gunakanlah peluang itu sebaik mungkin, agar suatu masa nanti aku tidak akan menyesal melihat peluang yang telah aku siakan itu mentertawakan ku dengan penuh jelek......

Mulai detik itu, aku terus menggunakan peluang itu sebaik yang mungkin, kerana aku sedar peluang itu tidak akan berulang dari mula. Tidak akan ada kesempatan yang lain untuk aku mengisi semula peluang itu dengan sesuatu yang lain.


Peluang itulah juga yang akan menentukan siapa diri aku, apa tujuan aku hadir dalam dunia ini, dan apa fungsi aku dalam hidup ini. Aku mendakap kemas satu-satunya peluang yang aku ada itu. Aku tidak mahu mensia-siakannya. Aku jaga...dan aku isi peluang itu dengan sesuatu yang memberi pulangan kepada aku.

dari satu peluang yang aku perolehi itu, telah aku terbitkan peluang-peluang lain untuk mereka di sekelilingku. Peluang untuk menyayangi ku sebagai sahabat, peluang untuk mengenaliku dengan lebih dekat...juga peluang untuk mencintaiku dengan sebuah perasaan yang hebat. Namun apabila peluang-peluang yang ku berikan itu dipersiakan, dan dipandang enteng...usah suatu masa nanti kamu hadir, dan menuntut peluang itu diberikan sekali lagi pada kamu.

Cukuplah...
Tidak mungkin akan ada lagi peluang itu untuk kamu.
segalanya telah lama berakhir saat peluang itu kamu buang jauh-jauh.
Aku tetap siapa diriku. Aku tidak pernah berubah...dan tidak akan pernah untuk berubah.
Aku perlu terus melangkah, walau sendirian kerana aku sendiri punya peluang yang harus ku kejar. Aku tidak akan sia-siakan peluangku, sepertimana kamu mempersiakan peluang yang aku pernah berikan dulu.

Ketahuilah....
Tidak mudah untuk aku berkelana seperti hati ini
Namun, telah aku gagahkan kakiku untuk terus melangkah. Telah aku tabahkan hatiku yang paling dalam untuk mengubati luknya sendiri. Telah aku tekadkan diriku, tiada yang akan berubah lagi kali ini.

Sahabat
Hargailah setiap peluang yang kamu ada....jangan sia-siakan ia
Dan jangan pula kamu menuntut satu peluang yang baru setelah kamu musnahkan peluang yang pertama. Fahamilah yang sesungguhnya peluang yang pernah diberikan kepada kamu penuh dengan keikhlasan, dan orang yang memberi peluang itu sangat sakit untuk mengetahui, yang akhirnya peluang itu telah dikhianati.

Semoga Tuhan memberi lebih banyak peluang kepada sahabatku.
Semoaga sahabat-sahabatku akan bergembira dengan peluang-peluang itu dan akan mendakapnya kemas, sepertimana aku mendakap peluangku.

Maaf sahabat
kerna aku sudah tidak punya peluang untuk diberikan kepada kamu

No comments: