Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana
yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
**************************
cinta
satu rasa yang abstrak terhasil dari rangsangan dan diterjemahkan otak. ia indah. ia hebat. tapi awas kerana ia juga bisa jadi terlalu kejam dan pembunuh perasaan paling dalam. Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur.
suatu masa dulu aku juga pernah bercinta. pernah bahagia. selama 5 tahun kami bersama. segalanya kami tempuh. semuanya kami redah. segala apa yang kami kecapi menjadi kenangan yang sangat indah, tersimpan rapi dalam kotak memori...walaupun setelah kami berpisah.
aku sesungguhnya tahu betapa dia telah menyayangi sehingga setengah mati. aku tahu setiap kami bersama, masa seolah-olah kepunyaan kami dan aku mula sedar bahawa cinta itu sememangnya indah.
Aku merenung sepi. cuba untuk menggambarkan wajahnya. jauh...jauh aku berfikir. banyak perkara yang telah berlaku dalam hidupku ini yang telah membawa aku kepadanya. juga perkara-perkara yang membuat kami akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah, dan menjadi sekadar hanya sahabat.
mungkin jejak-jejak perkara itu patut ku ingat kembali. sepertinya, separuh dari nafasku hilang dibawa bersama dirinya....
**************************
pada detik dan titik pertama ini berlaku, aku baru berusia 19 tahun. tiba di heatrow seorang diri merungsingkan aku. apatah lagi orang yang sepatutnya menunggu ketibaanku langsung tidak
kelihatan. aku terlalu penat. hampir 20 jam di dalam penerbangan
membuat aku menjadi bengap. aku terlena di kerusi. lenaku terganggu oleh jeritan yang agak
kuat. aku terkesima melihat jam di tangan. sudah hampir 2 jam aku tersadi di situ.
aku lantas memandang seorang pemuda yang sedang memapah seorang wanita separuh usia menuju ke barisan kerusi tempatku. kelihatan seperti wanita melayu. aku senyum. dia membalas senyumku sambil menegur "malay"?. aku anggukan aja. wanita itu duduk disebelahku dan mula bercerita tentang kenapa dia menjerit. betul sangkaan aku. dia wanita melayu. tapi pemuda yang diperkenalkan sebagai anaknya langsung tidak seperti melayu. eddy, itulah kali pertama pertemuan kami.
wanita itu ramah bercerita denganku. eddy sesekali mencelah. boleh berbahasa melayu rupanya dia. aku sesekali memandang dia. senyum.
"nama siapa?" tanya auntie tu. hahaha. aku tergelak sendiri. kelakar bila aku lupa untuk memperkenalkan nama aku padahal sudah agak lama kami berbual dan kedua-dua mereka telah memperkenalkan diri masing-masing.
"saya izwan aqashah. auntie and eddy boleh panggil saya kashah aje".
"dari malaysia?" tanya eddy
"yup..."
"kami dari denmark. buat apa kat sini?"
"study...king's. esok baru mula daftar" kataku ringkas
"owh sama! so tinggal dimana? dengan siapa?" tanyanya bertalu talu.
jadi aku terangkan orang yang sepatutnya menungguku masih tidak muncul. aku terperangkap disitu. aku terangkan juga yang itu adalah kali pertama aku di london. jasi aku langsung tidak tahu geografinya.
auntie sofea yang sedari tadi diam bersuara, "tinggal saja dengan eddy. lagipun kamu akan mendaftar di universiti yang sama. mari. jangan tunggu lagi" pelawanya sambil bangun membetulkan bajunya.
aku jadi serba salah. ikut? tunggu?? mana satu. akhirnya aku mengambil keputusan mengikut sahaja kerana aku tidak mahu bermalam di kerusi airport. apatah lagi eddy juga beria-ria mengajakku dan berkata aku boleh menjadi kawannya.
bermula dari detik itu, kami menjadi kawan yang rapat. aku terus tinggal bersamanya setelah auntie sofea menyuruhku begitu. walaupun kami bukan mengambil kursus yang sama, tetapi terdapat sesetengah subjek yang sama. aku mengambil perubatan, manakala eddy dalam bidang nuclear physic. hampir 6 tahun kami disitu. perhubungan yang selama ini sebagai teman telah menjadi terlalu rapat. selepas dua tahun mengenali, kami mula bercinta. 8 august, tarikh yang aku takkan lupa, bila pertama kalinya kami meluahkan rasa cinta masing-masing. trafalgar square menjadi saksi betapa cinta kami bukan nafsu semata-mata. ia lebih dari itu....
aku dan eddy menjadi terlalu rapat. kami serasi melengkapi sesama sendiri. sehingga suatu masa kami akhirnya berpisah. membawa haluan sendiri.
semuanya berpunca dari manusia yang iri pada kami. tapi aku pasrah. mungkin cinta kami hanya sampai setakat 5 tahun itu saja. cukupla, aku sudah terlalu bahagia dalam masa-masa itu. aku sudah punya banyak pengalaman yang bisa buat aku tersenyum. walaupun segalanya sudah terungkai dan orang yang
merosakkan hubungan kami tampil memohon maaf, kami selese begini.
kekal sebagai kawan, sama seperti kami mula-mula kenal dahulu.
"Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
saudara...
pujangga ada berkata...
"Adalah lebih mudah bercinta dgn org yg mencintai kamu daripada kamu bercinta dgn org yg kamu cintai"
terima kasih.
betul tu. memberi perasaan cinta pada seseorang belum tentu mampu membuat dia mencintai kita. tunggulah saja ia untuk terbit. dan jika tidak, simpan saja ia sebagai kenangan yang anda pernah mencintai dia
Post a Comment