Sunday, April 20, 2008

soul in writings...what?

gosh...dah terlalu lama rasanya aku buat blog ni terbiar tanpa sebarang update. sory la kawan, aku busy study smula skrg ni. maybe aku nk sambung semula menulis kat sini. biarlah takde yang nak membaca, tp at least aku puas untuk meluahkan apa rasa hati aku.

dh lama aku tak menulis. aku cuma catit apa2 yang penting dalam diari je almost everyday. susah jugak nk menulis ni ye. nk kene ade mood, idea dan rangka apa yg nk ditulis. semalam aku sembang dgn abang aku. dia kata, kalau nk menulis, aku kene masukkan soul aku dlm apa yg aku tulis. soul?? puas aku fikirkan. soul yg camne ek?? yang cam cerita novel2 yg slalu aku baca tu ke? cam soul si Hector dalam Illiad?? hehe. konpius aku, sebab aku biasa tulis tentang apa yg aku rasa...tentang apa yg aku fikirkan sblm aku start menulis.

nantila aku rancang tentang apa yg aku nk tulis. nk cari soul dia dlu, baru ade feel. ahaks. maybe bout "hadublux ~ the love triangle" or bout "tears from malaysia" hehe. lemme decide hippo (><)

Wednesday, May 30, 2007

dalam hidup ini

seorang member aku tanya apa yg aku ada dalam life ni.....
apa yek yang aku ada dalam life ni??

dalam hidup ini, aku pernah ada seorang mum yang perfect (love her), aku ada seorang kembar yang tak berapa sehaluan, seorang papa yang aku tak ambil pusing. aku juga punya kerjaya yang agak bagus, ada rumah, ada kereta.....

kasih sayang??
ini yang paling sukar untuk aku jawab pada member aku tu. sebabnya, lepas my mum passed away.....aku rasa semua kasih dan sayang yang aku terima seolah terhenti disitu. tiada yang mampu menggantikannya.

Tuesday, May 29, 2007

quote....

It does not take a new year to make a brand-new start
it only takes the deep desire
to try with all your heart

Everyone has his own little niche
no matter how tiny or small
for every life has a purpose
or we wouldn't be here at all


-kashah-



Monday, May 7, 2007

sayang dan benci

hari ni, aku jumpa seseorang yang lama aku tak jumpa. papa aku, orang yang aku sayang tapi juga benci. beberapa tahun ni aku cuba larikan diri dari papa, tapi hari ini dia tercegat di depanku. aku cuba tersenyum. tapi ternyata hambar. aku lihatnya dengan pandangan yang kosong. aku cuba melarikan diri, tapi dia pantas memegang lengan aku. sebab tak mahu orang yang lalu lalang melihat kami semacam, aku bersetuju ikut dia ke starbucks. aku sebenarnya takut kalau2 ada member2 yang nampak nanti lain pulak mereka fikir.....

ternyata pertemuan kami selepas hampir 6 tahun tidak berjumpa amat hambar. ingin saja aku cepat2 habiskan kopi aku dan keluar dari situ. tapi, aku tak mahu jadi anak yang jahat. dia tetap papa aku. walaupun aku benci dia, aku masih tidak boleh menolak kenyataan yang aku lahir dari benihnya....

Tuesday, March 27, 2007

march 27

march 27.....
happy birthday ma....i love u so much.
every year we celebrated together, and u cooked my favourite dishes. we both live happy in a kampung house.

tapi, pada tarikh ni juga u leave me alone, forever. u know ma, im almost lose myself. petang itu, kashah nak cepat-cepat sampai rumah. kashah nk suprise u with something. bila kashah masuk rumah, kashah nampak ma dah sediakan my fav dishes dengan sekeping nota, "mama keluar sekejap, kashah tunggu". ma tahu, lama kashah tunggu ma, sampai terlelap.

hampir 10 malam, bila ada yang tekan loceng kashah cepat-cepat buka pintu. tapi kashah hairan. makcik siti dengan pakcik kamal yang ada. mana mama? kashah tanya makcik siti mana mama? tapi makcik siti menangis. kashah jadi hairan. pakcik kamal genggam tangan kashah, dia suruh kashah bersabar. dia kata mama dah takde, mama pergi jauh. saat tu ma, kashah menjerit sekuat hati. kashah tak percaya. beberapa jam sebelum tu kashah call ma ucap happy birthday, ma ketawa riang.

lama kashah menangis ma.
kashah sedih. bila kashah lihat mama buat kali terakhir. kashah cium mama. kashah peluk mama. pada tarikh ni, mama tinggalkan kashah. tapi ma, terima kasih kerana melahirkan kashah, terima kasih kerana memberi kashah kebahagian, mendidik kashah dan selalu menasihati kashah. kashah akan ingat ma sampai bila-bila.

bila ma pergi, papa bawa kashah tinggal kat rumah dia. tapi tak lama ma. kashah keluar dari rumah itu. kashah tak suka tinggal disitu. kashah ambil keputusan yang kashah tinggal dirumah mama. sampai sekarang ma. kashah akan balik ke rumah itu, kashah akan tidur di katil ma.....kashah akan fikirkan ma. kashah sayang ma....sampai bila-bila

Monday, March 19, 2007

mati pada pandangan anak kecil

kematian bagi aku adalah sesuatu yg paling indah bila kita bersedia dan memahami apa hikmah selepasnya. aku pernah berkongsi cerita mengenai kematian dengan seorang pesakit aku yang baru berumur 10 tahun. baik dan peramah orangnya. Ada saja yg dibualkan bila dia nampak aku, terutamanya tentang mati.

Pernah aku tanya dia...adik takut mati tak? dengan tenang dia jawab..... "setiap yang bernyawa akan merasai mati. Mati itu hak Tuhan dan kita sebagai manusia tidak boleh membantah. Apa yg harus kita buat cuma menyiapkan diri kita, agar bila tiba masa mati kita.....semuanya lancar. Adik tak takut mati, kerana adik tahu mati itu akan membawa adik lebih dekat dengan Tuhan. Tapi adik juga suka dunia ini...sebab semua org sayang adik dan layan adik dgn baik. Adik ada ibu yang baik serta ayah yg hebat. mereka mengajar adik mengenal Tuhan....."

Aku terdiam, kagum bahawa anak kecil ini pasrah akan kematian.
untuk pengetahun, adik ini telah pergi mengadap Tuhan pada pagi hari jumaat yang lepas saat azan subuh sedang dikumandangkan. Adik, moga rohmu aman dan bersama-sama orang yang beriman. Al-fatihah.

Sunday, February 25, 2007

miss my ma

"most of the battles of life are won, by looking beyond the clouds to the sun", eddy told me when im asked him bout "battles" in my life. at this time, 16 years ago my ma told me that i must be a winner of my life. she told me to fight all problemos that encounter me on each side. if only she is here today with me....i will hug her tight and tell her, ma...im now a doctor!! if only she could live longer to see me in a white coat handling my patients and fullfill her dream to be one.

ma, im sure u can see me now. look at me. i never regret to put my dreams away and make your's come true. i miss u ma, really miss u.....